Friday, June 04, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN

filem LAGENDA BUDAK SETAN adalah antara filem Malaysia yang terbaik tahun ini..
hari pertama launch di cinema aku sudah berkobar mahu menonton bersama Sang Arjuna hati yg ku syg...after office hour kami terus shoot ke Mid Valley. first time queue up sampai di kaunter adek GSC tu ckp seat habis kena booked! then he said all the booked seat akan di release about 6.30pm if nobody come for claim. What the fish kan? so both of us ala2 frustrated. so kami berjln2 cuci mata. after a while, about 6.30pm camtu came back. dengan harapan yg tinggi hope ade la seat yg tak berclaim. thanks god. second time queue, ade rzeki kami. terus grab! dan sedia menonton. the duration about 2hours. siyes aku tak tido di dlm cinema! malah mataku sgt bundar ye menonton and menghayati cerita. its real touched! susah nak dpt filem Melayu yg sgt berkesan camni. i should give 4.5/5 stars!

for those, aku sgt suggested to watch this movie! enjoy!!

below is a short synopsis regarding the film;

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers