Tuesday, September 07, 2010

khas untuk SangSUAMI ;

saya sgt tertarik dgn sedikit nasihat drpd Ustaz Fadzilah Kamsah, iaitu nasihat kepada kaum Adam yg bergelar SUAMI. though sy belum berkahwin berharap sgt dpt seorg suami yg perihatin dan memahami hati sy sebaik mungkin. Bukan niat sy untuk demanding. Tp layanlah selayaknya sy. I believe nobodies perfect in this whole world. Sy sgt bersyukur diberi peluang untuk berjumpa dgn seorg kekasih yg protective. though sometimes bertegang urat. uhuh. Its normal lah kan. sedang lidah lagi tergigit. Tp klu selalu bertegang urat tu yg bermasalah...Diharap dia lah satu2nya masa skrg sy dan juga masa depan sy. :)

  • Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. -bukan duit berjuta yg diingini oleh isteri yg buruk ni. dgn menghargai dirinya sbg seorg isteri sudah memadai baginya.
  • Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  • Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
  • Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  • Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. - isteri yg buruk ni jugalah yg bersabung nyawa melahirkan zuriat dr benih sang Suami.
  • Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan. - bantulah sedaya anda wahai Suami. isteri ini juga manusia yg kenal erti sakit, letih, dan syg. Simpatilah dan sayangi ister anda sebaiknya.
  • Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
  • Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
  • Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.- sy setuju sgt part yg ni. yelah isteri bukan barbie doll yg dr awal kawen smpi ke mati tak berubah2. anda juga akan jadi tua, berkedut, sengal sana sini, dan mungkin gedebeh sana sini dan mungkin sakit2. jadi apa salahnya terima isteri anda seadanya. sekiranya awk mahukan isteri awk kelihatan anggun sekali sekala bwlah isteri ke saloon. untuk awk juga wahai suami.
  • Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?- yg penting angin kentot yg sepoi2 tu jgnlah awk tala ke muka isteri. cube klo berlaku pada awk sudah tentu dlm hati dah siap sedia dgn sumpah seranah yg mcm2 betul??
  • Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  • Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.- yang ini juga penting, mmg duit bukan segalanya. tp duit keperluan untuk terus hidup dgn selesa dan aman damai. nafkah kepada isteri sudah menjd tanggungjwb suami. kenapa msih ada yg mengabaikannya??lupakah awak wahai suami jika kamu kesempitan di himpit hutang isteri yg buruk inilah yg bantu dgn ikhlas.
  • Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.- begitulah keikhlasan isteri terhadap suami tercnta. snggup bersusah senang bersama suami. tp kenapa masih ramai suami yg kurang kesedaran sivik terhdp perkara ini. nampak kecil tp padahnya mungkin besar.
  • Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  • Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.- komunikasi dlm perhubungan sgt penting.
  • Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  • Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?- selalu sang suami pretending dia berhak atas segalanya. sebaiknya ukurlah baju di badan sendiri.
  • Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?- pastinya isteri yg busuk nilah yg kan menjaga awak wahai suami.
  • Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. -bukankah dlm hubungan suami isteri sharing is caring??
  • Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.- berbincang adalah jln terbaik. bukan dgn cara mengambil keputusan bersendirian semata2. igtlah isteri kamu yg setia disisi. dia pun punya pendapat yg mungkin berguna.
  • Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  • Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. - ikhlaskan lah hati anda wahai suami. ikhlas dlm menyintai dan menyayangi isteri suatu akar dlm menjamin kebahgiaan sebuah keluarga.
  • Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”.

p/s: as i had mentioned before, though i'm not yet marry, tp apa salahnya yg baik kita jadikan tauladan dan segala yg buruk kita jadikan sempadan.

p/s: Yg, i ♥ u. (untuk dia kekasih hati sy lah!)

with love;

-tulipink-

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers