Saturday, February 26, 2011

A menu: Ikan Kembung Percik


Bahan-bahan:

1kg ikan kembung yang agak besar, dibersihkan dan direndam dengan air asam jawa dan garam untuk membuang hanyir ikan

Bahan perap:

6 biji bawang merah )
1 inci halia ) ditumbuk kasar
sedikit garam

Perap ikan selama 1 jam sebelum dibungkus dengan daun pisang dan dibakar


Bahan Kuah:

5 biji bawang merah }
1/2 inci halia } ditumbuk lumat
1/2 sudu besar lada hitam }

2 mangkuk santan dari 1 biji kelapa

sedikit garam

2 keping asam gelugor ( asam keping)


Cara membuat nya:

1. Campurkan semua bahan didalam periuk dan panaskan atas api yang agak kuat. Kacau setiap masa supaya santan tidak pecah minyak.

2. Apabila sudah mendidih, masakkan atas api yang perlahan sehingga kuah pekat.

3. Apabila kuah sudah pekat dan ikan sudah di bakar atas api ( jangan terkaku kering), masukkan ikan ke dalam kuah tadi. Biarkan 5 min atas api kecil.

4. Angkat dan hidangkan.

5. Ikan percik ni sedap di makan dengan sambal belacan...barulah soodaapp! betul2 kaww!
-
-
-
-
-
-
**note to myself:
esok bangun pagi2 nak beli bahan2 kat ats..hikhik...
p/s: thanks to maklang for the recipe...:)

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers