Sunday, March 06, 2011

Asam Pedas Kari Ikan Merah & Sotong Sambal

Assalamualaikum sumeeee!!!

N3 kali ni nak cite pasal makanan n masak2 jek!! haha... Apa kes nih weh?? lately mood memasak membuak2 n bergelora je selalu... hokhok... dlm kepala asek pikir nak masak apa ek pasni... dessert apa yg best ek? w/pon peralatan tak bape nak complete sgt tetap cekal nak buat... besela rumah org bujang apa sgt pekakas yg ade. yang pasti sendok sudip kena ade! kekeke ;p


anyway, ni adalah yesterday's menu. konon2 ni adalah special menu la kan. sebab 1st time mencuba. jenuh ni tanya acik yang jauh di US sana.. hehe... zillion thanks acik. for the delicious menu evaaaa~ haha.. org johor pasti suke menu camni. musim2 panas n perut tgh lapar mmg layan...

lets cekidout the recipe okeh! tak yah nak vevel manyak lah nisa oi!
.
.
.
.
.
Asam Pedas Kari Ikan Merah
(recipe import dr nun jauh..:p )

Bahan - bahan:
500 gm ikan merah (apa2 ikan pon boleh) - tp cik nisa gunakan ikan merah
beberapa batang bendi --> belah 2(klu periok tu kecik) / tak nak belah pon xpe
2 biji tomato --> belah 4
1 kuntum bunga kantan --> belah 4
segenggam daun kesom --> tp cik nisa tak pakai daun kesom
sejemput asam jawa --> bancuh dgn air 1/2 cwn
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa --> cik nisa gunakan gule melaka(lebih lemak)

Bahan tumis:
6 - 8 biji bwg kecil*
5 ulas bwg putih* --> cik nisa suke nak pakai byk bwg putih
1 cm halia*
1inci kunyit hidup*
1/2 cm hirisan lengkuas*
sedikit belacan* --> cik nisa pakai udang kering(pon ok)
1 biji buah keras*
3-4 sudu lada boh --> ikot citarase. nak pedas campak lebih
2 sudu serbuk kari ikan

* kisar bahan ini.

Cara-cara memasak:
  1. ikan merah dipotong dan dibasuh bersih. Kemudian, perap bersama segeggam asam jawa (utk menghilangkan bau hanyir ikan) dan garam. biarkan. sekiranya nak masuk dlm periuk bilas ikan.
  2. dlm periuk, panaskan minyak yg cukup uyk menumis. Tumiskan bahan2 yang dikisar td sehingga naik minyak. lebih elok gunakan api yang sederhana.
  3. kemudian, masukkan lada boh, dan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
  4. tumis sehingga sebati dan naik minyak. masukkan setgh sudu gula melaka dan sedikit garam. masukkan air asam jawa dan asam keping. diikuti bunga kantan dan daun kesum. kacau hingga sebati.
  5. masukkan ikan dan gaulkan dengan bahan tumisan. kemudian masukkan 500ml air. biarkan mendidih. masukkan bendi. pastikan rasa manis dan masin mengikut selera.
  6. Akhir sekali masukkan belahn tomato dan biarkan mendidih dan pecah minyak.

Sambal Sotong

Bahan-bahan:
500 gm sotong putih --> dipotong bulat2
sedikit asam jawa--> bancuh dlm 1/2 cwn air
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
4-6 sudu cili boh --> klu mahu pedas letak lebih
1 sudu kicap
  
Bahan tumis:
1/2 biji bwg besar --> dihiris
5 ulas bawang putih* --> cik nisa suka nak letak bwg putih lebih
5 biji bwg kecil*
1 biji buah keras*
sejemput udang kering*

* kisar bahan2 ini.

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak yang cukup untuk menumis (anggaran dlm 4 -6 sudu besar). setelah minyak panas, gorengkan bwg besar yg telah dihiris sehingga layu, kemudian masukkan bahan yang dikisar. tumis sehingga pecah minyak.
  2. kemudian masukkan gula melaka, sedikit garam, sos tiram. tumis hingga sebati. kemudian masukkan lada boh. tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
  3. masukan air asam jawa dan sos cili dan gaul sebati. masak sehingga pecah minyak.
  4. masukkan sotong dan gaulkan. sekiranya terlalu pekat tambahkan dlm 1/2 cwn air.
  5. akhir sekali tambakan sedikit gula pasir dan garam sekiranya perlu. masak hingga betul2 pecah minyak dan hidangkan. jgn terlalu lama nnti sotong over cooked dan liat.
ok! sekian bab masak memasak bersama cik nisa...!!!

selamat mencuba u olsss!


p/s: hari sabtu hari yg tak best! dan xpatot langsung diingati. hurm... :'(


pecah kaca, pecah cermin,
sudah baca, silalah comment...:D

2 comments:

Acik said...

Aduh aduh aduh...nampak sedap betul lauk2 tu..both pun kegemaran...dah pass masak2.ni dah bole main kawin2 lak hihihihhi

Nisa-K. said...

acik: hehe... betol acik ckp..mmg sedap. for those peminat asam pedas mmg patot cube resipi ini..hehe:) anyway, thanks for the recipe acik...hehe..tang tawen tu ehem..ehem...tungggguuuu~

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers