Thursday, June 09, 2011

Emas Berkati-kati

Selalu sangat kan kita tengok dalam dunia manusia, sibuk dalam mencari kegembiraan, keseronokan. Dan kadang-kadang ade sesetengah tu menggapai kegembiraan dan keseronokan dalam kepedihan, kesedihan dan keberantakan hidup orang lain.





Selalu sangat kalau kita menilai balik dalam kehidupan normal sebagai manusia, dalam segala apa jua kesalahan, perempuan adalah penyebabnya. Semuanya salah perempuan. Atas dasar ini pada zaman jahiliah dulu, bila ada je ibu mengandung beranak-kan anak perempuan, bayi itu pasti akan dibunuh. Sebab apa? Sebab perempuan pada zaman dikatakan membawa bala.






Telahan inilah, dalam setiap ruangan sesi ceramah atau motivasi samada secara life atau kat tv, seronok dan asyik sangat penceramah, ustaz, ustazah kalau nak bicarakan soal "perempuan". lagi-lagi isu nak menutup aurat, isu dalam penjagaan rumah tangga. Langsung dalam tiap baris ayat si penceramah ni tak tersentuh pun sikit isu lelaki, tidak menjaga aurat, lelaki tidak menjaga batas bla.bla.bla... Jika berbicara isu perempuan umpama macam tiada lagi hari esok, umpama macam tidak jumpa titik noktah bila dah mulakan ayat tuh. Jarang sekali ada ustaz, atau penceramah yang nak buat tajuk/title ceramah bagi memberi kesedaran suami terhadap pengorbanan isteri, kisah peri pentingnya tanggungjawab suami dalam menjaga maruah, keselamatan, kewangan,  keluarga, isteri dan anak-anak. Kisah suami jika terlebih telan duit isteri, Kisah suami dalam menjaga adab pergaulan diluar rumah, Kisah lelaki dalam menjaga hati dan menghargai isteri. Langsung takde. Kalau ada sekalipun terlampau sedikit. Kalau bagi pendebat waima, pendebat dunia, kalau berdebat isu perempuan ni aku rase kalau bagi 3 hari tiga malam pon xcukup.






Malah, selalu sangat kalau dalam isu rumah tangga, apa-apa berlaku semua salah perempuan, perempuan xpandai itulah perempuan ni suke mengomel-lah, perempuan ni masak terlebih ajinomoto-lah. dan macam-macam alasan lagi. Kalau nak suruh lelaki list kan aku rase xcukup muka surat agaknya. Bila timbul isu atau pergaduhan atau perbalahan mula lah si suami panjang kaki. Lepas tu timbul pulak isu poligami. Pada mereka inilah jalan terbaik n bla.bla.bla.Bagi mereka, merekalah paling macho, paling bertanggungjawab, paling dalam segalanya. huhu. Kalau ditanya pendapat aku, aku mmg sekeras-keras menolak.

Aku teringat ruangan santai oleh Perempuan Jomblo ini. Dalam sesi dialog dia dan geng pejabat. Tiba-tiba "Encik Mazlan" (bukan nama sebenar) ceritakan tentang pengalaman dia.



perempuan jomblo:
"Jika ada/wujud hukum Islam menghalalkan, isteri berkahwin 4 macam mana agaknya perasaan anda LELAKI?"


Encik Mazlan (Bukan.nama.sebenar) :
"Kau tanya macam ni, aku teringat satu hari sebelum ni, aku pernah bermimpi. Aku balik dari outstation, penat penat nak peluk cium bini, sekali aku sampai rumah, bini aku tengah LAYAN lelaki lain. Dia bukak pintu bilik dan cakap kat aku 'Ábang, malam ni kan giliran suami saya yang nombor dua ni. Abang balik dulu ya.',

Masa tu aku rasa, walau dalam mimpi, pedihnya menikam-nikam sampai aku terjaga, aku sedih, aku menangis. Terus aku terfikir, begitulah rupa-rupanya rasa isteri apabila diduakan, ya?"


perempuan jomblo:
"Encik Mazlan, kenapa nak dapat mimpi baru nak faham?"



Encik Mazlan (Bukan.nama.sebenar):
"Iyalah, kalau macam tu, jangan kan payung emas, FERRARI emas sekali pun aku taknak. Aku tak sanggup."


Ini kisah Encik Mazlan. Semuga perjalan hidup Encik Mazlan sentiasa aman bahagia, dan dipenuhi dengan kasih sayang yang melimpah ruah bersama isteri yang tercinta dan dikasihi.

Alangkah bagusnya, kalau semua lelaki mengalami mimpi "indah" yang sama macam Encik Mazlan ni lalui. Aku rase, klu semua lelaki mengalami mimpi yang sama, inshallah, Malaysia ni aman damai, harmoni, kurangnya jenayah terhadap kanak-kanak, jenayah terhadap anak-anak, keberantakan hidup anak-anak, inshallah bila semua anak-anak mendapat kasih sayang yang cukup, adil dan saksama, hasil daripada kebahagiaan ibu bapa tu pasti akan meresap ke dalam jiwa anak dan semuanya pasti akan rasa bahagia.  (dreammmm)




p/s: Syukurlah dengan keberadaan setiap pasangan kita. Alhamdullillah saya syukur dengan hadirnya Helmyazree dalam hidup saya. Semuga perjalanan perhubungan ini lancar. Ameen. (terima kasih Allah)
p/s/s: yang, u pernah mimpi camni tak? jaga i baik2 sampai hujung nyawa k. 


p/s/s/s: "Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah itu adalah tanda syukur, dan mengabaikanya adalah Kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah-belah itu mengundang azab" - HR Ahmad

p/s/s/s/s: cerita ini sekadar bercerita. tiada kaitan dengan sesiapa. andai tak kena cara, harap mahap ye :)

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers