Tuesday, July 12, 2011

Hal Yang Sangat Terkesan Dalam Hidup Dan Dunia. Adakah Anak Muda Kini Sedar??? Bangunlah Anda! Jangan Sia-siakan Peluang Yang Ada!!!

Assalamualaikum w.b.t

Cnk hanya nak berkongsi sebuah kisah dari LONDON. Sekadar buat renungan kita yang sama-sama masih muda dan masih boleh enjoy nak menikmati udara yang penuh dengan zarah-zarah kotor di tengah kotaraya yang sedang pesat membangun! Di tengah-tengah hutan batu yang gah. Kita sering alpa, lupa dan leka.

Ini kisahnya... (Sila tekan untuk kisah selanjutnya...Jangan lupa tinggalkan sedikit komen anda wahai orang muda lagi bijaksana... Apa kata anda?) - Sekadar bingkisan setahun yang lalu, untuk kita jadikan iktibar dan panduan untuk masa akan datang!





Pagi tadi ketika aku bangun dari tidur
aku terbaca berita dari London
berita ini membuka surah bank kedua terbesar di Ireland telah dimiliknegarakan oleh Kerajaan Ireland.

Untuk yang masih kabur - berita ini menyampaikan pesan bahawa ekonomi dunia sedang merosot teruk
bayangkan bank - sebuah gudang untuk menyimpan wang telah kehabisan wang dalam simpanan
bayangkan bank - sebuah gedung untuk orang ramai meminjam wang telah kehabisan wang untuk dipinjam
bayangkan bank - sebuah gedung untuk berurusniaga tidak lagi mampu menjalankan urusaniaga

Nanti dulu.
sila ke depan cermin dan lihat diri sendiri
raba di kulit muka - raba di pipi - raba di hidung
mari kita melihat diri dan bertanyakan diri sendiri

Sedangkan bank yang paling top di sebuah negara eropah sedang meniti hari hari akhir untuk dijenazahkan
apakah kita sebagai seorang warga yang tinggal di Malaysia ini dengan hutang keliling pinggang masih mampu untuk meneruskan hidup?
apakah kita sebagai seorang warga yang tinggal di Malaysia ini dengan poket dan kocek selalu kerisi tak berisi masih mampu untuk membeli beras?

Nanti dulu.
sila ke depan cermin dan teropong diri sendiri sekali lagi
ingat - beberapa bulan dahulu ada seorang menteri yang menelurkan satu idea bernas untuk menjadikan Malaysia ini tuan rumah Piala Dunia.

Lihat betapa gilanya negara ini
dunia sedang bergolak dengan krisis ekonomi
masih ada malaon yang bercita cita menghabiskan duit rakyat negara ini dengan kerja kerja bodoh dan bebal

Dalam keadaan sekarang - dunia terhimpit dengan kemiskinan
tugas kita adalah mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan beban warga negara ini - bukan menghabiskan duit rakyat dengan melakukan kerja kerja bodoh

Apa yang menteri ini patut lakukan - duit untuk membiayai piala dunia ini wajib diberikan kepada anak anak mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di gedung gedung ilmu
ini dilihat lebih berfaedah

Kita wajib berfikir - melahirkan manusia yang bijak pandai dengan memberikan pendidikan yang cukup akan melahirkan negara yang lebih sejahtera
menjadi tuan rumah piala dunia tidak menjadikan negara ini lebih sejahtera
malah ini kerja bodoh dan bebal yang akhirnya akan diketawakan oleh anak anak muda
ini samalah seperti kita membeli kereta mahal tapi tak ada duit nak beli minyak kereta
kereta cantik dalam garaj tapi tak pernah bergerak

Di Malaysia ini - dengan dasar yang sedia ada
setiap bayi yang dilahirkan terpaksa menanggung beban hutang puluh ribu ringgit semata mata ingin melanjutkan pelajaran - sedangkan ketika habis belajar nanti belum tentu mereka akan dapat pekerjaan untuk membayar balik hutang untuk mendapatkan segulung ijazah

Ekonomi dunia sedang merudum
Ini bukan kesah dongeng macam Pak Pandir dan Mak Andih
Ini cerita betul

Kita semua warga dunia wajib bersiap kerana musim susah akan melanggar batang tubuh kita
kita sebagai warga Malaysia wajib bersedia kerana dalam musim susah ini kita dipimpin oleh pemimpin bebal yang mahukan kita makan bola dan minum piala.


credit to:


NotaHati: Bangunlah orang muda, mahasiswa dan mahasiswi. Sekarang zaman manusia terpelajar susah untuk mendapat kerja. Belajar lah sungguh-sungguh selagi anda masih bertenaga. Jangan dilupa jasa kedua ibu dan bapa.  Balas jasa mereka selagi kita terdaya.

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers