Tuesday, July 12, 2011

Moral Of The Story

Assalamualaikum w.b.t


Hi all CNK's reader riders... Harap korang-korang sehat walafiat je di hari selasa nan indah nehh.. Wah! Dua hari penuh tak jejak kaki kat ofis memang sangat membahagiakan! haha. Sorry bukan malas ok!?? Tapi banyak sangat konflik dalaman dalam jiwe ai sampai ai rase alhamdullillah aku dapat arahan kena g kursus neh.. W/pon course ni sekangkang kera kak jemah je dari rumah... (Sabor jelah!)... Tetibe teringat zaman ai keja kat ofis lama dulu.. Nak pegi course luar negeri pon tara hal. Apply je pasti dapat! Dulu siap seronok back to back p course. Syoklah weh, dapat naik fligt sorang-sorang, feel sorang-sorang cam p holidays gitew.. Padahal nak p course! oklah kan? Sambil dapat berjalan tengok negeri orang with FOC of transportation and accomodation. Siapa xmau?? OK! itu kisah ai masa keja di ofis lama. SEKARANG??? Memang mimpi bangun balik pon belum tentu nak dapat g course yang lite-lite kat luar negeri hokeyh!!! ohh! sangat x best. Nak buat macam mana... Ini takdir ku.... hihihi ;p




Course mento-menti. Aduhai.. Lemah je kaki ai u. hahah. Dah kena pegi wajib pulak tu kan. Layan jelahhh! oklah not so stress. Cuma yang tak best contract dengan mentor almost 6 months. Aduh... Lomah den lomah! Hari ni speaker cerita kisah dia menyampaikan ceramah kat satu kumpulan pengetua sekolah-sekolah menengah di satu daerah di Melaka. U guys faham jela, kata pon pengetua for sure ilmu penuh je kat dada kan. Hari-hari duk pegang buku dan falsafah penuh melimpah-melimpah. So cerita dari speaker neh, dia sampaikan ceramah pada all the pengetua nih berkaitan dengan Persaraan. So speaker nih pon ding-dong-ding-dong pasal isu bersara, dari awal procedure sampailah ke sudah. Isu-isu yang berbangkit dan macam-macam lagilah! Kan ai dah cakap tadi si pengetua nih sangat bijaksana ditambah pulak dah lama makan garam, sebab speaker ni sangat muda belia lagi... Bangunlah salah seorang pengetua dalam kumpulan tersebut dan bersuara dengan lantang dan berkeyakinan:




Pengetua: Assalamualaikum En.Sad. Saya ada satu persoalan. Kenapa dari tadi Encik duk bercerita pasal isu persaraan dan sebagainya, Encik ada pengalaman dalam bersara ke? Kan lebih mudah kalau ambil saja mana-mana kakidantangan orang yang dah bersara. Kan lebih mudah. Penjelasan dan kefahaman kami pon akan lebih terkesan.


(lalu, Encik Sad pon menjawab dengan taktik analoginya...)

Encik Sad: Walaikumsalam... Saya pasti antara tuan-tuan, puan-puan kat sini pernah pergi mana-mana ceramah. Tak kiralah semasa tazkirah subuh, zohor,asar, maghrib dan isyak, mahupun ceramah-ceramah agama yang kebanyakkannya menceritakan isu-isu yang berkaitan agama dan hukum-hakamnya bukan???


Pengetua: Ya....!!! Pernah... (Jawab segelintir pengetua yang masih lagi meneruskan tumpuan...)


Encik Sad: Saya yakin dalam setiap ceramah agama, pasti akan terselit cerita-cerita tentang hidup manusia selepas mati, terutama di alam kubur, alam barzakh dan seterusnya di bangkitkan semula di padang mahsyar sebelum perhitungan di buat samada syurga atau neraka. Pernah tak tuan-tuan, puan-puan terfikir mahupon mempersoalkan, bukan kah lebih mudah manusia-manusia yang mempunyai pengalaman tentang mati ini menyampaikan tazkirah subuh atau zohor atau asar atau maghrib atau isyak atau ceramah-ceramah agama melainkan ustaz-ustaz atau tok imam yang sampaikannya??? Pastinya lebih terkesan... Boleh ke orang yang dah mati ini berbuat demikian???? 



Pengetua: Sudah pasti lah TIDAK!!!!!


Encik Sad: Oleh yang demikian, begitu jugalah dengan saya. Saya belum pernah melalui alam bersara tersebut, tapi saya menyampaikan berdasarkan pengalaman kerja dan ilmu yang saya ada sepanjang saya berkhidmat. Jadinya, tiada salah mahu timbul isu tidak faham dan sebagainya. Tuan-tuan puan-puan boleh saja bertanya apa saja dengan saya berkaitan persaraan selagi saya mampu untuk jawab... Saya harap saya sudah menjawab soalan tuan tadi. :)


Pengetua : kata-kata Encik sangat terkesan dihati saya sampai mati... (sahut si pengetua tadi di dalam hati...)




NotaHati : Sentap hati maknak! (tangan di dada mata keatas).  oh!!!  Jom join CNK berpuasa esok!! :)

8 comments:

wan_cikgumuzik said...

errr.... nice entry.. keep it up..

teguran ikhlas

blog jangan terlalu panjang untuk di scrool down sbb akan membuatkan blog awk terlalu berat

hanya itu teguran dari saya..

TYNTHA LANA said...

CNK.. takpa,abai je kata2 cikgu,hahaha. take ur time ok dalam dunia blog ni.

Urmm, memang, tak wajar menilai seseorang semudah macam menilai Encik Sad tu.. Patutnya,beri peluang dan ruang untuk setiap org tonjolkan bakatnya,betul x?pastu baru boleh menilai dan sbgainya kan..

~pndgn lana sahaja :)

CNK said...

wan_cikgumuzik : wah! cikgu sangat ikhlas... cnk cool je.. haha.. dah amend.. ok tak???

*sentap hati mak nak!*(tgn didada mata pandang keatas!) ;p

*jokes! singgah lagi nnti k!

CNK said...

TYNTHA LANA: thanks lana. yep thats very true!
btw, i tak kisah pon dgn cikgu.. haha. kan i cerita pasal kes pengetua tuh... kekek.

jgn terasa ye cikgu. nobody perfect in this real world. cnk just menyampaikan apa yg speaker tu smpikan.. :)

Muhd Aizie said...

Hey, diam diam ubi berisi. HAHA ;)

Saya followers awak yang ke 100! tak ada special entry ke? lalalalla ;)

kerdildesa.blogspot.com

CNK said...

Muhd Aizie : wah!!! will do! thank you-thank you!!! teruslah menyokong CNK ye! :)

Adzriel AB said...

kak liza pun tersentap... tak sangka lak itu jawapannya. adehhh

CNK said...

kak liza: nisa pon sangat x jangka jwpn dia gini.. tu la.. dia pesan, klu ada staff tny soalan yang so called nak menguji kita, kita kena jawab using analogy method. supaya btny lebih masuk perangkap! but his answer so brilliant kan? xkan la nak tgu org mati baru nak ada ceramah pasal isu mati kan? sgt relevan!

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers