Monday, July 11, 2011

Pernah Tak Kita Fikir...???




Assalamualaikum w.b.t
to all CNK's readers...

Sila klik dibawah untuk cerita selanjutnya....


Alhamdullilah sekarang dah masuk minggu kedua bulan Julai.. Tinggal kurang lebih lagi 3 minggu kita nak menginjak ke bulan Ramadhan kan??? Korang semua dah ready??? Jom join CNK fast marathon khamis and Jumaat neh.. Ada lagi 2 hari nak kejar kan qada puasa. Tulah! padan muka aku sendirik! ganti nak lambat-lambat kan... huhuh...





I am so very sure, u guys dah tgk video kat atas tu. Just nak share dengan korang semua. Seriously, first impression aku tgk video nih, aku rase mesti Atok tua ni seorang yang ilmuwan. Aku sangat yakin all cnk's readers sure pernah shopping-shopping kat KL especially area Jalan TAR, Masjid Jamek, Pertama dan Sogo. Kat situ boleh dikatakan berlambak peminta sedekah dan pengemis tak kiralah budak-budak or pakcik-makcik lebih kurang sebaya mak ayah kita or even atok-nenek lebih kurang sebaya nenek atok kita kat kampung. To be frank kan, selalu je aku rase kesian dan simpati dengan derang neh.. Kalau first impression kite tgk org-org yang ala-ala pengemis tu kat kaki-kaki lima mesti kita akan aspect that all these person ntah dtg dari mana. Xreti pikir dan sebagainya. 




TAPI, bila aku tgk video kat atas tu. Cepat-cepat aku istighfar. Mungkin ini memang pilihan dia. Mungkin ini lah jalan hidup yang mereka mahu. Iaitu mahu observe attitude rakyat Malaysia yang sebenar. Rakyat Malaysia yang rata-rata penduduknya Muslim. Bila aku dengar dgn teliti how the way atuk ni meluahkan rasa hati dia, aku aspect mesti atuk ni is a somebody sewaktu umur dia muda dulu. Ayat sangat tersusun. Ditambah dengan point-point isu terkini yang keluar dari bait-bait ayat dia. Berkenaan Bersamamu TV3, or even isu BERSIH tempoh ari. Meaning to say this atuk is not orang sembarangan yang kita simply-simply nak judge. Even dia kenal politician Malaysia. Atok ni sangat up-to-date dengan news! So impressive! 




Oleh yang demikian, moral of the story kat video neh, korang jangan lah simply-simply judge people or person yang korang baru first time kenal. Memang kadang-kadang kita pasti akan terdetik macam-macam  kat dalam hati sanubari bila tgk org-org macam ni. Kita kan manusia biasa. Selalu je melakukan kesilapan kan. Harap-harap mind dan attitude orang Malaysia akan berubah lepas tgk video kat. Bukan semua pengemis kat kotaraya KL ni mahukan duit. Mungkin itu cara dia nak ambil angin kota. Kita je yang salah faham. MUNGKIN. Tak dinafikan ada segelintir yang senang tapi berpura-pura mengemis. Its happen in front of my eyes. Few years back, zaman aku muda remaja macam korang tuh.... Zaman puduraya yang kusam beroperasi sebagai pusat hentian untuk bas-bas express.




Kala itu, aku tengah duduk-duduk kat bangku dalam Hentian Pudu. Jam ditangan baru menunjukkan pukul 3 petang. Ada lagi 1 jam setengah untuk aku melangut sorang-sorang kat Pudu tuh. Sebab tiket balik BP jam 530petang. Bosan-bosan sambil kunyah-kunyah Dunkin' Donut aku dihampiri dengan seorang Pakcik Buta. Kat bangku tu aku duduk kat tengah. Jadinya, adalah a few pakcik, dan gadis amoi duduk kat sebelah. Sebelum Pakcik Buta sampai kat aku dia singgah dulu kat amoi sebelah aku . Aku perhatikan Amoi tu hulur RM 1 kat Pakcik Buta tersebut. Dengan sebatang tongkat dia teraba-raba untuk berjalan. Dalam hati terdetik, "boleh percaya ke pakcik ni? nampak macam gagah je... peliknya". Nak dijadikan cerita duit yang amoi tu hulur terjatuh... Tiba-tiba Pakcik Buta ni boleh pulak cepat-cepat tunduk dan kutip duit tersebut! Terus aku 'sentap-hati-maknak!!'. Jadi bila Pakcik buta tu menghampiri aku, aku buat-buat khusyuk makan dan tak pandang pon. Sebab aku takut! (ntahlah!). Lama jugak dia berdiri depan aku sebelum beredar....


Haih! menyeramkan je pakcik buta ni! Seriau seminit!



NotaHati: Pernah tak korang mengalami situasi macam aku alami???Jika ada, boleh la kongsi cerita korang dalam ruang komen kat bawah. =)

1 comment:

alif haris said...

huhu .. kdg2 ade agen peminta sedekah .. bos die kerah suruh mengemis ..

tp enth la dunia skrg ni .. mcm berlaku kan

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers