Friday, July 08, 2011

Update Terkini Tentang 09 JULAI 2011 - SABTU

Assalamualaikum w.b.t. 

Update terkini tentang hari esok 09 JULAI 2011 - SABTU.

Sila ambil maklum!!!
Dan baca info lanjut. TEKAN bawah!

 ********

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,

Yang Berbahagia Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN OLEH PDRM

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa beberapa jalan masuk kepada semua kenderaan awam dan persendirian ke Pusat Bandar Kuala Lumpur akan ditutup pada hari Sabtu, 9 Julai 2011 jam 12.01 pagi hingga 10.00 malam atas arahan pihak PDRM.

3.      Sehubungan itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), JPM telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan bas-bas ekspres tidak terganggu seperti berikut:

i)         Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL-Seremban) dan Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta dan;
ii)        Operasi bas di Terminal Hentian Putra dan laluan KL-Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan.

4.      Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki Pusat Bandar Kuala Lumpur, hentian terakhir adalah seperti berikut:

i)             Stesen LRT/Monorel Titiwangsa - untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Kelang, Jalan Ipoh, Jalan Kuching dan Jalan Duta;
ii)            Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;
iii)          Stesen LRT Maluri - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv)          Stesen Monorel KL  Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar – Jalan Travers – Jalan Tun Sambanthan dan;
v)           Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara

5.      Perhatian dan kerjasama pihak Yang Berbahagia Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian dimaklumkan.

“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

*********
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perdana Menteri


********


Sekadar memanjangkan makluman kepada semua.

Harap maklum

2 comments:

tiefazatie said...

pergh..cam serius gle nie..adeh..

CNK said...

TIFA: INI MEMANG PERKARA SERIUS. SILA BACA DENGAN NADA SERIUS YE BAKAL PTD :)

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers