Thursday, August 04, 2011

INFO Serious: Antara Menyampah dan Makan Hati

Assalamualaikum.w.b.t. 

AMARAN! ENTRI INI SANGAT PANJANG. SEBAGAI MEMBUKA MATA SEKELIAN ALAM...

Macamna buka puasa hari ni?? Ada bagus??? hhi.. Acapkali kan, kalau kita duduk-duduk makan dikedai-kedai mamak, berjalan di pasar malam, mahupun di stesen-stesen bas, kita akan didatangi PENGEMIS... Korang penah baca tak entry aku yang dulu berkisar tentang INI??? to be frank, aku bosan bila menghadapi situasi ini. Aku rimas. Aku takut. yelah, takut-takut orang yang lagaknya macam pengemis ini adalah penjenayah atau yang seangkatan dengannya. Manusia ni kan ada macam-macam. Aku prefer untuk mengelak dari mendekati dan memberi sedekah. Sebab aku tak pasti kesahihan kemiskinan dia. Bukan mahu meninggi diri, jauh sekali nak sombong. Apa yang pasti KESELAMATAN aku, yang paling utama. Dulu aku penah kongsi kisah aku kat pudurayaKorang percaya ke pada peminta sedekah yang kerap ada kat kedai makan, or di tepi jalan or di pasar-pasar malam????


AYUH! ketahui kisah benar ini. SILA KLIK DIBAWAH UNTUK BACA KISAH SELANJUTNYA. AYUH BUKA MATA DAN MINDA... 



****


Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.


Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.

Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.


Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan.  Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...

"Kemboja! Kemboja!"

Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.


Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.

Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.


Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.

Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.


Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.

Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.


Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.

Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.


Menarik? Pelanduk dua serupa?

Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.

Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini. 

Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.


Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.


Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van. 

Tadaaaaaaaaaa!


Dia kemudian saya  'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.


Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami. 


Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.


Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya. 

"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.


Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.


Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.

Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?

Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.


Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.


Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.


Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.


Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.


Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.

Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.

"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.

Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.

"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.

Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.



Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.
*boleh sengih lagi tu... aku rase cam nak lempang je!

Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa.

Itu pesan saya.

credit to: Encik Mazidul Akmal. Tahniah BRO!!!
****


Personally, apa pendapat anda berhubung isu ini??? AYUH lontarkan!


Pada saya, kalau saya benar2 nak bagi sedekah, saya akan bagi dalam bentuk benda! bukan duit. sebagai contoh dermakan kain baju kita yang kita dah tak boleh pakai. Tapi kain baju tu masih elok. Dulu masa aku masih keje kat MAHSA, selalu during lunch lepak dengan geng divalicious. Tempat lepak untuk lunch asek-asek kat Ali Maju. Depan, Belakang, Tengah kat Pusat Bandar Damansara tu memang dah kitorng khatam-kan. Tiap kali makan situ memang PASTI akan ada pengemis buta yang diusung manusia yang ckup sihat dan cergas. Aku secara peribadi memang TAK PERNAH bagi duit. Sebab, pada aku kenapa perlu begini.??? Kalau sesungguhnya mereka tak mampu, siapa yang usung mereka kemari??? Sebab utama, surrounding disitu memang takde kawasan rumah setinggan atau apa. Pada aku siapa2 pun yang tinggal setinggan di KL for sure dia ni jenis mampu. Yelah, ingat sewa murah? hm... Aku pon duduk di perantauan jugak. Susah senang ku telan jua. Sewa bilik aku ni je dah RM300. Haruslah aku ikat perut untuk kumpol-kumpol duit, tolak dengan bayar hutang semua... Hati pun tengah runsing fikir macam-macam perkara. Si pengemis, tak perlu pikir tentang management, dokumen ofis, kira-kira harus betul atau sebagainya. Hanya dengan menadah dengan hati senang. 

Bukan niat untuk menidakkan rezeki, atau apa. Biarlah bantuan kita kepada yang betul-betul memerlukan. Contoh org yang sakit, uzur, sumbangan ubat dan makanan oleh sejukkan hati mereka, dan mereka yang sakit ini, mungkin akan doakan kta yang baik-baik. Hati kita pun senang kalau bantu orang-orang begini. Kalau yang macam keparat kat atas tu??? 

Anyway,

"Tangan yang MEMBERI lebih BAIK dari tangan yang MENGHULUR..."

Ambil iktibar dari kisah diatas. Adakah kita mahu masyarakat kite semua menjadi pengemis dan pemalas? Kita lah yang tentukan. Kalau orang luar boleh senang lenang hidup mewah, sedangkan kita yang masih berpijak di bumi tanah air kita sendiri pon masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. 

Even aku sendiri kalau nak naik TEKSI pon berkira. Bukan kedekut, tetapi kewangan sendiri pon belum stabil. Aku lebih rela panjat tangga bas. Ingat lagi, dulu sebelum pindah ke sini, hidup di KL bukan mudah. Berasak-asak ke dalam Metrobus. Sapa yang penah naik METROBUS tu tahulah macamana azabnya. Terhimpit-himpit dengan manusia yang bukan sebangsa kita. Bau, jangan cakaplah. Kadang-kadang sampai rasa nak muntah pun ada. Harus bagaimana kan? Harus ku tempuh jua. Kesengsaraan ini, keperitan yang aku lalui, hanya aku yang tahu...

Ayuhlah! kita sama-sama ambil tindakan keras!! Kalau nak derma, hulurkan lah zakat. Atau dermakanlah baju terpakai kepada fakir miskin. BUKAN PENGEMIS!!!

4 comments:

wan_cikgumuzik said...

terrrbaeeekkk..!! perkongsian yang sangat menarik..

p/s : apa kata bagi credit utk blog mazidol tuh dalam bentuk link ke blog dia.. yang tuu lebih beretika rasanya..

tahniah sbb mmebuatkan saya baca kisah ini sampai habis..

Adzriel @ Liza AB said...

merah pipi sebab malu lah tu. betul kata cikgumuzik..elok letak link blog mazidul.

CNK said...

wan_cikgumuzik : thanks cikgu. baik,, cadangan yang bernas. btw, sy dah put his link kat sidebar.. :)

Adzriel @ Liza AB : yeepp.. geram je. siap boleh sengih-sengih pulak...

to both; cnk dah put link tersebut. terima kasih atas cadangan yang diberi. :) sama-sama lah kita sedar apa yang berlaku dalam negara kita...

cik tikah said...

lor.. igtkan btol2.. x baik btol nk menipu. erm...

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers