Sunday, December 18, 2011

Red Velvet Cuppies in the making you ols! :)

Salam u ols.

Hari ni jadual cnk quite pack. Last nite balik pun dah malam. Badan pun letih u ols. Memcm cnk pikir. huhu. Bertambah-tambah le letihnye. Plus takut, ad macam-macam lah perasaan ni. Macam kucar kacir je hati nih. Huahua.. Bengkak-bengkak mata dah malam tadi. I kan gembeng sikit. huhu. *pecah tembelang! sikit je k.. Teruk betullah I!

Hari ni pulak. Pepagi dah bangun. *pepagi le sgt! tgn kat dada mata pandang atas!  Naseblah peot khenz. huhu. Kul lapan baru celik. Terkebil-kebil sampai lah pukul 8:30 pagi baru bangkit dari katil. Gigih terus bangun capai towel and cuci toilet n took a bath. Settle everything sharp at 9:00 a.m terus went to bf's house. Motif nak service kete tercapai. Meter dah terlajak-lajak u ols! huhu. Melayang-layang ringgit I kat sana. huahua! Kerings poketssss...!

Ehsan Mr.google. 

Settle sume-sume terus shoot ke kedai baking. Girang kau hati aku. Target nak cari bahan untuk RED VELVET and MOIST CHOC CAKE. :) Melayang lagi Ringgit Malaysia I. huehuehuehue #mood BANGGA!


So malam ni adalah malam testing skill yang terpendam dalam tangan comel ni. haha. Bake half  dari ingredients. Just for testing the skill. Now dah siap bake dan sedang di chill kan. hehehe. Maybe esok lah baru nak buat cream cheese dia. Or malam ni jugak buat n simpan then esok baru frosting atas cake. weee =D


So, below are the steps and ingredients that you should prepare:


Red Velvet Cuppies

Resipi ehsan dari: Kak Irma di London. 
p/s: Thanks million kak Irma for sharing this. Mohon di tampal di sini pulak ye resipi itu :)

*For the time being cnk tampal ini ya kak Irma. Tak larat nak type. Tangan kejung duk bercinta dengan tepung tadi. huahua. Nanti dah hilang letih cnk ganti dengan cnk punye steps ye uols. Sebab me buat RV Cuppies :)

Nah layan steps ni dulu ya...

Bahan A - Untuk diayak bersama.

250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder

Bahan B -campur dan kacau sebati.

240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah

Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.

Bahan C -

113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla

Bahan D -

1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda

Topping - Cream Cheese Frosting.

227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream

Jom buat kek.

Pertama... baca bismillah dan selawat ke atas Nabi SAW. Moga Allah bagi kek yang kita buat jadi sedap.

Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau tak sempat nak dedahkan butter. Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.

Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Jangan pulak terlebih-lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi. Sian dia nanti. Berbirat badan kena pukul. ~Cubit kang~

Sebelum masukkan telur satu persatu. Basuh dan lapkan telur biar kering. Bukan apa. Katalah kulit telur tu TERjatuh dalam adunan. Kena pulak mak mertua depan mata nampak. Kang tak pasal-pasal kena leter sedas. Kalau mak mertua tak kisah tak apa. Contohlah kan. Esok-esok saya bagi contoh mak sendiri pulak. Err.. rasanya mak sendiri tak kisah kot. Kan mak..?

Masukkan telur satu persatu. Cenggini. Pecahkan telur sebiji. Pukul dalam masa 2 minit. Kemudian pecahkan satu biji lagi. Pukul lagi dalam masa tiga minit.

Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.

Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.

Bahagian yang penting. Sila baca dengan lebih serius. Arahan ni. Jangan main-main. Sambil buat muka comel. Ewah.

Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 

Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.

Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.

Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius. Mula-mula saya gunakan suhu 175' C. Selepas 20 minit, saya rendahkan suhu kepada 165'C. Kaedah ini hanya boleh dicuba sekiranya korang kenal oven sendiri. Oven ni saya rasa (pandai-pandai agak je.) panas sangat. Tu yang saya dengan beraninya menderhaka menurunkan suhu. Ampun ya chekgu.

Selepas menutup suhu oven, saya biarkan kek selama 15 minit dalam oven. Ini dek kerana terikut-ikut dengan kaedah membakar ciskek. Abaikan pun tak apa.

Disebabkan saya tak sabar. Gopoh. Nak cepat tengok hasil. Tak sampai satu jam saya dah keluarkan kek dari bekas. Gigih sangat. Hasilnya kek saya sedikit hodoh dan tuannya mula cuak takut pecah berderai. Tahu pun takut. 

Dah tu, saya biarkan kek tu sejuk sambil membuat topping cream cheese.

Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.

Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti. Biasalah, saya ni kadang-kadang TERlupa. Belasah ja keluarkan cream cheese dari peti ais. Tak nyempat-nyempat la tu. 

Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 

Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.

Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.

Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.

Sumpah tak tipu. Gabungan semua bahan ni memang sangat-sangat sedap. Ntah berapa kali saya mencuba sampai tak boleh berhenti. 



****

The steps above just for temporary used. Cnk will replace with my steps once penat itu sudah hilang. :) 

Sekarang my cuppies sudah di bake dan sedang di sejuk kan. 

Nanti dah amik picas cnk update sini ya. tungguuuuuu...


Tangan dah letih. Bahu dah sengal. Dapat baring-baring sedap nih. 


Tata :)

#Tak sabar nak tunggu my RV siap dengan frosting ;). Baked with LOVE. 

5 comments:

cik_ah82 said...

oit makcik, jangan lupa k bawak esok RV ko tu..kalau x sentap hati mak.;p

Fazlinil Irma said...

nisa.. whipping cream tu kena putar dulu baru masukkan dlm frosting.

Fina said...

ehem...teringin la nak rase...

CNK said...

cik_ah82 & fina: tu lah korang. den bawak p ofis semua pun tarak.. hihi.. next time mood terlebih-lebih rajin nnti den buat lagi na.. 3rd time u ols kna tempah. haha! baru ada duit poket tepi! LOLS

CNK said...

Fazlinil Irma : kak irma. Blessed! selepas beberapa kali cubaan ahernya nisa berjaya jugak buat toppping itu. semua family pun suke. bahagia gile jiwe! :) thanks kak irma.

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers