Thursday, July 26, 2012

Kata orang rezeki lepas kawin..

Selepas berpulun untuk event my Big day sudah tentu poket pun kembang kempis.
Rasanya lebih banyak kempis dari kembang. Achaner tu? hahaha...
Orang baru lepas kahwin pasti faham apa yang aku nak sampaikan... :]

 
Semalam Encik Suami baru je ckp PM dah announce pasal Bonus Khas Raya untuk Penjawat Awam.
And he did said, PM mention to give ½ month salary to Government Servant with minimum payment RM500.
 

Aku cakap ada rezeki lebih ada lah tu...
Selagi aku tak nampak hitam putih aku malas nak amik pusing.
Cuba untuk menggunakan gaji yang ada seminimal mungkin supaya aku boleh buat sedikit saving for future.
Sekarang kena fikir future lebih sikit. 
Yela mana tahu tiba-tiba ahli keluarga bertambah ke kan...
Jadi, kenalah standby apa yang patut especially dari segi financing.

 
Baru je tadi kawan satu induksi bagi satu artikel pengumumam khas PM melalui MOF pasal bonus raya.
Member ni dari MOF, so the info which I can trust with lah.
Menurut artikel yang diberi, MOF akan mula buat Bayaran Bonus Raya pada 9 Ogos 2012.







One word: Alhamdullillah.
Followed by another word: Syukur!




Diharap government servant yang lain boleh lah menarik nafas lega juga. Walaupun x menimbun, tapi syukurlah apa yang ada. Boleh jugak tampung mana-mana yang berlubang tu kan... :)




UPDATE Terkini:
Sumber berita daripada : Hmetro 26 Julai 2012

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam, mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan RM500 kepada pesara kerajaan.

“Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan,” katanya.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama



p/s : setahun sekali apa salahnya. Kakitangan awam pun dah menyumbang banyak ke arah pembangunan negara. Sesekali dapat reward macam ni boleh tingkatkan booster and mood keje.

2 comments:

Dennis said...

dah mengandung berapa bulan?

Puan NK said...

belum ada rezeki lagi la noor...

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers