Tuesday, July 31, 2012

Preparation Wedding: Contact lense itu keperluan!

Saat pertama kali pakai contact lens adalah pada 2 minggu sebelum Majlis Nikah dan sanding kat rumah on 30th June.
Serious say, aku memang sangat cerewet dalam pemilihan contact lens ni.
Big reason why I’m so, so, so, particular is because I have an astigmatism (power, 350+) and nearsighted (power, 100+).
Astigmatism ni adalah rabun silau ye anak-anak… kot la ada yang tak tau…


Mata aku bukan boleh simply-simply pakai kontek lens korea colored yang melambak jual kat pasaran tu.
Satu hal, that Korean lens yang orang jual tu kita tak pasti apa material dia guna, apa side effect klu kita simply apply pada mata without guidance from expert or doctors pun kita tak pasti.


Yelah, mata kita cuma ada sepasang ni jela.
Kalau berlaku apa-apa kesan dari pemakaian contact lens mesti nak menyesal pun dah tak guna.
Aku mmg paling risau bab ini.
There are too many question marks plays over my head.
What are the effect(s) of wearing contact lens ?
What type of contact lens suit me most?
How much it cost?
How the way to apply?
How the way to care?
What are the difference between colored lens and non-colored? And so forth.

Seriously, kehendak hati nak pakai mmg dah lama.
Sebb tgk mata org pakai colored lenses mcm cun jek! Hahaha!
Ada la jugak sikit feeling2 nak rasa mcm ada sepasang mata mat saleh gitu. Hakhakhak.
Feeling yang ni cakap dalam hati jela.
Kang kena bahan dengan tunang(sebelum kahwin la…) kang masak aku! Hahah. Tak leh blah.
Since dah terasa sangat nak pakai and rasa it’s compulsory to wear during the Majlis, tiap kali lalu kedai spectacles surely aku singgah and tanya which is which suit me most. Blablabla…


Dan akhirnya, sebulan terakhir sebelum Majlis, aku buat research pasal kes mata aku ni.
Aku read thru what is astigmatism is all about?
How its happen, and blablabla…
Dari situ barulah aku tau astigmatism ni split into two types,
1.       Born to be astig & 2. Develop astigmatism.


Aku dapat rasa yang aku case adalah born to be astig.
Sebab, aku teringat dulu masa zaman sekolah rendah, aku kena duduk barisan belakang.
Bila cikgu suruh baca apa yang ada kat blackboard, selalu je tak sama apa yang aku baca dengan apa yang cikgu tulis tu.
Sebab tu jugaklah aku selalu je kena marah.:"(
And cikgu blame aku x pandai baca.
Siot je kan.
Padahal aku dah mention, xnampak apa yang cikgu tulis tu sbb silau. Huhu…
Ini kisah lama. Mungkin cikgu tu pun tak tau aku ni rabun, sbb aku sendiri pun tak tau yang aku sebenarnya rabun time tu.
At last, masa diploma part 2 baru aku buat check up mata since aku rasa aku punye view macam blur.
Ended up mmg sah rabun dan terus pakai spec sejak tu.
Can you see how long i survive without speck. Gamble kan. 
Patutlah belajar time skolah asik tak masuk-masuk je.. (padahal aku yang malas!) huehuehue! :D


Ada satu blog yang dikendalikan oleh expertise dari Kedah, Kristal Optometrist (K.O.).
Aku tanya apa saja yang aku ragu pasal mata aku ni.
Dan diorng response kindly my questions.
Nasiblah K.O. ni nun jauh kat Kedah sana. Kalau ada kat KL mmg aku pegi.
Sebab: K.O. adalah Malay owner. Yang diasaskan oleh En. Mohd. Azizi Bin Abu dan Puan Jaslina Bt Jamal.









 Aku baru je perasan dia ada suggest kedai kawan dia kat Setiawangsa.... :p
Can u see, how nice they reply my text. Baguskan?!




So, bloggers or B2B kat area KEDAH yang nak check up mata or nak buat speck boleh la (disarankan) p kedai ni.
Aku 100% yakin mesti korang akan dilayan dengan baik sekali.
Yelah, setiap pertanyaan orang kat blog dia akan respon satu-satu. Superb kan?!
Baru jap tadi aku tgk blog dia dah update mcm2 jenis speck. 
Even branded and designers brand pun dah masuk.
Superb ahh! Nasib je jauh... kalau x...  :D

Alamat Kristal Optometrist sekiranya ada yang berminat nak pegi:
No. 8 Tingkat Bawah,
Jalan Selasih, Taman Semarak,
09000 Kulim, KEDAH
Tel : 04-4917370
Peta lokasi Kristal Optometrist
 Nah! Sekali dengan peta aku bagi.


Lepas dari buat research kat blog K.O. ni aku ada juga search eye specialist untuk lens.
Dan akhirnya, lepas baca satu forum berkenaan dengan astigmatism problem, aku terjumpa satu specialist yang mmg betul specialist untuk contact lenses. 
Aku mmg teruja lah kan. 
Tpi klinik ni bukan Bumi owned lah, its an Indian. Ok juga.
Nak panggil apa ya, since dia adalah klinik so aku panggil Doktor!
  
Pritam Eye Clinic & Surgery

Owned by Dr. Pritam.
So, aku buat keputusan untuk pegi klinik ni. Dan pada 18.05.2012 aku place an appointment.
First appointment ada sesi consultancy and check up sekali.
Dr. sgt nice ya. Aku cerita dan bertanya panjang lebar masalah aku.
And he did listened to me carefully.

Antara soalan&jawapan yang aku ingat:

1. My eyes suit with what type of lenses? Semihard / hard / soft lenses? 

Soft lenses since aku nak pakai immediate. Soft lenses mudah nak apply dan patient mudah serasi. Sebab softlense dia ikut bulatan penuh mata hitam kita. Means the size is bigger than semihard/ hard lenses. Semihard/hard lenses it takes time nak bagi serasi dengan mata. One thing aku nak pakai untuk Majlis yang memerlukan aku untuk bersolek. So Dr. mmg full suggest aku pakai soft lenses supaya during majlis aku rasa  comfort dengan lense yang aku pakai. Satu hal lagi, aku adalah first timer. So better use soft lenses!

Result: Ianya memang selesa! dan aku puas hati. I'm free spectacles during the whole event! yeayyy!!!


2. How the way to care the lenses? 

Dr. said, number 1. Hygiene, number 2. Hygiene and number 3 is Hygiene.
So, KEBERSIHAN adalah tunjang utama dalam pemakaian lenses ni. :)


3. What is the best duration to apply lens on eye?

The best is, maximum hour is 7-8 hours mcm tu. Tak digalakkan pakai terlalu lama in a day. Nanti lens dan mata kering.


Lepas check up dgn a few instrument mata yang ada, then dia bagi aku try sepasang lenses.
Dia bagi the new one ya.
Kebetulan, mata sebelah lense untuk mata sebelah kiri mmg betul-betul suit, and the right eye x suit dgn power pulak, since stok dah habis. 
So the Dr. bagi try power yang almost the same dgn power aku, tapi pun mcm x ngam. 
Dr. cakap ada sedikit longgar. So dia akan buat special made utk mata kanan. 
The next 3 days baru boleh pick up, itu pun lepas dapat call dari assistant dia. 
So i just wait patiently lah. :)
On Tuesday, his assistant called and said the lens is ready to be pick up.
Dr. set 2nd appointment on the following weeknd (Sabtu). Dia nak aku pakai lens masa datang tu, sbb nak tgk the progress, either aku comfort tak. and so forth.

Finally, on Friday afternoon baru dapat one set of lenses. 
Sebab dari Tue-Friday mmg timing pack. Encik tunang (masa tu masih tunang ya...) pun xsempat nak p amik.
It just a transparent (normal) lenses.
Untuk astigmatism mmg takde colored lens. Aku pun x pasti kenapa.

On the 1st appoitment tu, lepas checking and try the lens, his assistant guide me very details how to apply the lenses in correct way and how care. blablabla...
Since dia tahu aku adalah FIRST TIMER!
So aku try keluar - masuk - keluar - masuk mata lenses tu ntah berapa kali sampai aku puas hati!
Menggigil jugak nak pakai. Mata pun terkebil-kebil. Sampai at one point, aku rasa susah gile lah nak pakai lens ni. Macam manalah orang lain boleh pakai n nampak simple & senang. haih! 
So, patient. patient. patient. tunjang kedua untuk berjaya dalam pemakaian lens. hehe.

On the 2nd appointment, Dr. tny apa perkembangan lepas pakai lens, selesa x, n etc.
Lepas dia dah puas hati and made a check then dia lepaskan aku untuk "merangkak, berjalan, and berlari"  sendiri dengan lens tu.


Untuk astig cara pemakaian lens kena betul. Pada lens tu ada satu line kecik yang kita kena aware. The line mesti kena ada pada pukul 6.Which the small line must be at the bottom.
Sebb lens tu ikut kita punya shape mata hitam.

Dan akhirnya, untuk pertama kalinya aku beli contact lens. Aku rasa macam batak kejap lah!
Yelah, kejap-kejap rasa macam nak tolak speck. Tetibe eh, eh, takde speck la! hahaha.


Total cost burn RM103
Consultancy : RM50
Lens (Monthly lens) : RM49 
Casing : RM1
Cleanser : RM3

If korang rasa mcm cuak, takut and ragu-ragu mcm aku ni mmg disarankan sangat jumpa Dr. Pritam ni. 
Korang akan rasa yakin nak pakai.

Pritam Eye Clinic & Surgery
Main Clinic:
21A 1St Floor 
Jalan 20/7 Paramount Garden 
Petaling Jaya 46300, Selangor
Tel: 603-78757694

Branch:
Shoplot No. 3, MMA House, 124, 
Jalan Pahang 53000 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan, MALAYSIA 
Tel : 603-40422497


Both clinic adalah Dr. yang sama. Dia akan duty alternately. To be safe, make an appointment before going.
Oh ya, bawah klinik Dr. Pritam kat Paramount ada kedai spek mata.
Pun owned by him jugak. Aku masuk-masuk situ terus berkenan dengan satu speck ni.
Dan-dan tu jugak buat speck baru, saje nak gantikan speck lama yang dah 4 tahun aku pakai tanpa berganti!


P/s: Nanti aku akan buat entry khas untuk Astigmatism. Kita kongsi-kongsi ilmu la pulak ye :)







No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers