Monday, October 29, 2012

Amalan Surah (Al-Quran) Ketika Mengandung

Sejak the little tiny dah wujud in my womb, aku mula lah mencari-cari surah untuk diamalkan ketika pregnancy ni. Even mak pun ada bagi satu buku amalan ibu mengandung kat aku. Buku yang mak gunakan masa mengandungkan kami adek badek. Now buku tu mak turunkan kat aku pulak. :) Sentimental value kat situ.

Ok now, nak share surah-surah dan amalan yang boleh dijadikan panduan during 9 months pregnancy nih..

***
Bismillahirrohmanirrahim...


  1. Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
  2. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
  3. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
  4. Surah yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
  5. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
  6. Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
  7. Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  8. Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.
 
  
 
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
 
Bacalah oleh kamu Al-Quran,
sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”
(Riwayat Muslim).
 
 
 
Antara Cara Pendidikan Semasa Mengandung ;
 
■ Mengamalkan solat wajib dan sunat
 
■ Mengamalkan zikir
 
■ Membaca al-Quran
 
■ Mendengar muzik yang tenang
 
■ Membaca buku-buku ilmiah
 
■ Berbual dengan anak dalam kandungan
 
■ Menjaga adab dan emosi
 
■ Tidak tertekan atau stress
 
■ Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman ringan
 
■ Memakan makanan yang baik di segi zahiriah dan batiniah (halal)
 
■ Tidak bersifat dendam, dengki, menghasut dan sebagainya
 
■ Sentiasa melemparkan senyuman dan bersabar
 
 
IMPAK DARIPADA SIKAP IBU BAPA KETIKA IBU MENGANDUNG TERHADAP BAYI SETELAH LAHIR
 
Negatif
Ibu bapa sering bergaduh - Anak menjadi ganas dan panas baran
 
Positif
Ibu bapa sering bersedekah - Hati anak lembut
 
Negatif
Ibu mengidam benda pelik - Petanda tidak baik terhadap sikap anak
 
Positif
Ibu tidak meninggalkan solat - Anak mudah mendapat hidayah
 
Negatif
Ibu bermain kayu tiga  - Anak menjadi penderhaka dan gemar maksiat
 
Positif
Ibu sering membaca al-Quran - Dapat anak yang bijak
 
Positif
Ibu mengawal emosi - Anak soleh dan sentiasa mengawal keadaan
 
***
 
Inshallah, diharapkan apa yang aku share ni dapat kita (mommy-to-be) sama-sama amalkan, dan muga Allah yang maha mendengar dan mengetahui menerima dan inshallah diberikan anak-anak yang baik budi pekerti, soleh&solehah, dekat hatinya dengan Allah, taat dan hormat pada kedua ibu bapa, hormat pada org tua dan semua perkara-perkara yang positif.
 
 
Muga aku dapat kawal emosi, tahan & kuat dengan alahan-alahan during pregnancy nieh.. And always have positive thinking! yes, positive!!!
 
Inshallah...
 
 
Amin! :)
 
 

No comments:

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers