Wednesday, October 03, 2012

Nikmat hidup mommy-to-be...

Nikmatnya hidup hari ni.. Sepanjang hari berada kat rumah...

"hmmmppphhhhhh..." *amik nafas dalam-dalam*
"fuhhhhhhhh..." *hembus nafas panjang*



Heaven gila hidup kalau hari-hari macam ni. hehe...

Dah 2 hari turut-turut aku pegi keje matahari kat gigi gunung *mcm jumpa gunung lah pulak kat KL nih* balik keje bulan dah menjelma kat kaki langit... Exhausted sgt-sgt. Aku kelepaan *org jawa kata*. Sampai je rumah last night basuh kaki terus aku bummmppp kat katil. Memang tak hingat apa dah. Yang aku ingat sampai rumah aku nak hempas badan kat katil. Itu je.

Tu yang sampai je rumah terus masuk bilik dan krrroooooooohhhhh.... zzzzzzzzz...Seinagt aku husben ada kejut bangun untuk makan ubat and salin baju. Itu je. Punya lah aku letih kan.
Sampai lah ke subuh baru aku terjaga... Bangun-bangun je satu badan aku rasa cam tak bermaya je. Over dos tido hagaknya!


So hari ini adalah Routine Blood Check up. Aku lupa yang sepatutnya check up aku kul 9. So terpegi awal 45minit. And i was plan to take MC sbb nak rest kan badan kat rumah. KKIA tak boleh provide MC and i have to go to Poliklinik do some check up and take MC. Ding dong ding dong dengan doktor, dapat lah ubat loya and MC. RM27 burn. Mmg buat duit betullah. Mahal gilos! husben dah ringan je mulut nak mintak doc tu provide folic acid, cepat2 aku jawab KKIA boleh provide all those supplements. Kalau tak, ntah berapa RM aku nak melayang ntah.



So bila dpt MC hari ni dapat rehat sepenuhnya. Badan mmg letih tapi takmo nak manje sangat. Konon lah nak update blog ni pepagi tadi. sudahnye lepas aku duk pakai inai and nak tunggu kering berejam teruslah mata aku tido. Dekat ul 12.45pm baru aku terjaga. Itu pun ada sikit2 tak kering. Bangun terus le do kitchen cleaning, basuh baju and sidai baju. Tau-tau je dah kul 4.30pm.



Back to the story masa jumpa doktor tadi. Doktor sahkan that our little tiny junior dah masuk 8 weeks. Alhamdullillah. =)

Sepanjang 8 minggu our little tiny in my womb ni, sejak seminggu terakhir ni aku rasa loya tahap over dos sikit. To that extend aku nak makan something yang berunsur nasi and roti ni rasa nak muntah je. Semalam ntah kenapa tetibe je tekak aku rasa nak makan Nasi Lemak Kampung Baru. Teringin gila-gila. Husben sungguh-sungguh takmo makan situ, and nak ajak makan tempat lain. Sampai aku cakap, "layankan jelah perut ayg ni, ntah kenapa lah tetibe nak makan sgt N.L.K.B tu. At least Ayg ada keinginan nak makan nasi. Dah masuk 4 hari Ayg tak sentuh nasi langsung.." barulah husben aku mengiyakan.


Nasi Lemak KB lauk begedil and kerang mmg betul-betul bukak selera aku. Sampai licin pinggan aku makan. Aku pun pelik, and rasa impress sgt. Eh eh, dah tak rasa nak muntah! Syukur! Aku risau kalau tetiba lose weight pulak kan. Tapi siyes apa yang aku boleh komen pasal NLKB ni is about their price is so so expensive! Bayangkan telur rebus sebiji they charge RM1.30, Bergedil size telur gred B cost me RM1.80, Kerang sambal sesenduk cost me RM2.80! Dah le takde kacang which Nasi Lemak without kacang mmg rasa tak sempurna kan. NL basic dia hanya semangkuk comel NL, ikan bilis goreng dan sambal tumis, RM1.50.  Nasiblah aku ni mengidam sangat, kalau tak hurrrmmm.. Paham-paham sendiri sudah. Mahal gila!


Sabar jelah kan... Perut punya and tekak punya pasal... Sampai aku lupa nak amik gambar portion aku semalam. Kalau tak boleh buat entry pasal makan-makan and food review kan. But this entry can be consider as food review tak??? boleh lah kan... *kasi angguk itu kapla!*




Urgh! Rindu pulak kat husben. Tak sabar nak sambut dia balik keje. hikhik.


K.Bye. Wait for next entry nak citer further pasal folic acid!


 

1 comment:

cik_ah82 said...

hi mak buyong..jgn risau..enjoy pregnancy moment..hihihi..besynyaaaa..xsabar nk blik jmp laki mak!

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers