Friday, December 16, 2016

Short Getaway Trip: Cameron Highlands, Pahang



Sajalah berseronok bersama ahli keluarga have a short getaway. Kebetulan ada cuti kepit 10,11,12 Dec (Jumaat -Isnin), Mak ayah dan adik beradik lain datang tidur dirumah. Jadi meriah suasana untuk tempoh tu.. Yang paling seronok haruslah anak-anak kan? Seronok atok nenek, paklong, bubu baba, pakli semua ada. Nak dijadikan cerita Ahad 11hb tu ada kenduri di rumah pakngah di Ampang. So kami pun pakat nak ajak mak ayah berjalan. 

Ayah bukan jenis driving jauh. Maybe faktor usia dan bukan minat dia nak driving jauh. Mak memang jarang dapat berjalan. Alang-alang dapat berkumpul semua sekali, kitorang pun ambik peluang ni nak bawak diorang berjalan. Spontan takde perancangan apa-apa, aku dan suami petik nak ajak bawak Cameron Highlands. Aku pun pakat dengan adik, kalau bgtau mak confirm cadangan kena reject. haha. Mak aku jenis penakut berjalan tempat tinggi. Gayat katanya. Risaulah dan macam-macam dalam fikiran dia. Make the story short, aku ajak jugak jugak mak pergi. Akhirnya, dia pun akur. hehe.

Pagi Isnin bersiaplah kita untuk ke Cameron Highlands. Anak-anak pun masing-masing sangat memberi kerjasama. Senang je bangun pagi dan dipujuk untuk mandi. Lebih kurang jam 8.30pagi bertolak dari Gombak, KL (satu pencapaian jugak tu, sebab dapat handle budak-budak untuk bersiap di awal pagi. hehe 😊 ). So far perjalanan di highway sangat smooth. Jadi kitorg just straight away ke Cameron Highlands. Takde pitstop mana-mana untuk brekie, sebab sebelum pegi mak dah sedia breakfast kuih pau Mira (yang dia bekal dari kampung) *The best frozen pau ever! dan air kopi panas. hihi. Masing-masing dah isi perut siap-siap sebelum bertolak. 

Roughly, lebih kurang 210km dari Gombak, KL - Cameron Highlands. average dalam 3jam - 3jam30min untuk sampai ke lokasi. As usual, sebabkan sekarang cuti sekolah, nak pulak ada public holiday (carry fwd cuti Maulud Nabi saw.) we expect confirm akan jammed nak naik Cameron. So we decided naik dari arah Simpang Pulai. So it will be opposite way lah, Normal org akan ikut Tapah dan naik ke atas. Tapi kami opposite, akan jumpa Kampung Terla dulu, Cameron Lavender Garden, Tringkap, Bringchang and list goes on. Alhamdullillah kitorang sampai almost 1130 macam tu kat area Cameron Lavender Garden (Tak turun sini pon. 😛 ). Bila bukak tingkap tu udara sepoi-sepoi sejuk gitu. sebelum smpi sini ada jammed sikit sebab ada construction jalan. nampak macam nak buat tunnel sebab kat area kerap sangat ada land slide.

Ingatkan azab jammed tu masa construction tu aje. Sampai kat area Cameron Lavender Garden dah mula slowwww gila! So we expect orang kalut slow sebab nak cari parking utk singgah tengok lavender la kot. Sebab plan nak terus cari lunch so takde la intention nak berenti situ. Rupa-rupanya jammed sampai ke atas..! Taman Sedia (yang ada Strawberry Garden Al-Mashor tu) atassss lagi jammed dia. In between sebelum smpi Taman Sedia kitorg berhenti kat satu restoren area Brinchang, dah duduk nak makan org kedai cakap tunggu lebih kurang sejam nak makan. Banglong dah mabuk and muntah. So we cancel and move on to Taman Sedia. tu pun last minit decision. So we had lunch lebih kurang pukul 3 lebih masa tu. Can u imagine dari tengah hari sampai elok-elok nak pegi banyak tempat sudahnya pukul 3lebih baru dapat duduk makan. Mujur tak ramai orang kat Taman Sedia. Aku expect tempat ni isolate sikit, Those first timer tak ada intention akan masuk kampung ni. kat sini je dah spent about 2  hours, settle kan anak-anak. masing-masing berak. 😛 Mujur ada surau, kitorng lepak surau je. Sejuk gila air paip dia. tapi best!

Make the story short. pergi Cameron Highlands waktu cuti panjang especially school holiday cum public holiday ni TAK BOLEH buat short getaway untuk ke Cameron Highlands pergi pagi balik petang. SERIOUS TAK PUAS.

Kitorng tak sempat nak menyinggah mana-mana langsung. Sekadar ambik angin sejuk aje. Nak pulak kebetulan kereta adik breakdown kat atas tu. huhu. settlekan kereta adik kat bengkel sampai jam 8.30malam! 

Sampai rumah lebih kurang 1.30pagi! fuhh. memang perjalanan yang mencabar. 


Moral of the story:
1. nak pergi berjalan make sure kereta "sihat" dan selamat. 
2. untuk short getaway, Cameron Highlands bukan tempat yang sesuai untuk dipilih nak pulak during public holiday. seriously big no!


Lepas ni teringin nak bermalam di Cameron highlands. Sepanjang pengalam pergi tak pernah bermalam. Sekadar pegi dan balik hari. Bila dah tersadai kat atas sampai malam baru tau, malam kat Cameron Highlands, cantik suasana dia. tempat-tempat tanaman pokok semua diorg pasang lampu. Tak tau untuk apa. 
Tak dinafikan memang takut la kalau turun dari Cameron waktu malam. Sebab memang GELAP dan jalannya berselekoh TAJAM dan BAHAYA. not advisable kalau lone ranger nak gerak malam. konvoi ok. 

till next trip. Ada cerita best aku up sini lagi.

Sekian cerita panjang yang hmmm...still tak puas. Kena repeat lagi next time.

Bye.

Banglong tak sihat, muntah-muntah. time ni berak. dan takde selera nak makan 

Adik beradik ni senang, bila sorang berak sorang lagi pun sama. So pakej lepak surau - mandikan anak (air sejuk gila!) - solat jamak Asr Zuhur.

wefie mami and adik

Boring sementara kereta pakli repair kat bengkel. Sejuk oi malam kat Cameron. 


4 comments:

Nadia Johari said...

Nad dah lama tak jejak cameron..ade rezeki pergi la nanti..teringat strawberry..hehehe..hai kak nisa..saya nadia johari dari kbba.. Salam kenalan ..singgha blog kite www.miszrockers.blogspot.com

Rozita Abdul Rahman said...

hai nisa.. salam kenal dari www.ceritaita.com

Puan NisaKhaidir said...

Hi ita.. salam kenal juga.. rajin-rajin datanv singgah lagi ya.. 😊

Puan NisaKhaidir said...

Hi nad. Nanti boleh lah set cuti cuti malaysia ke cameron. Ok la for short getaway nad. Musim cuti jem kat atas tu nad 😪

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers