Sunday, December 18, 2016

Short Getaway Trip: Pergi Langkawi Dengan RORO

Actually not really a short trip. 😄 trip kali ni lebih kurang dalam 4 hari.
Sudden planning. Asalnya in law yang nak pergi berjalan berdua secara backpackers KL-Langkawi, Keretapi & feri, Langkawi-KL via kapal terbang. Kitorang pun sibuk nak mengikut, tapi driving straightaway KL-Langkawi.
Since kitorang ada experience driving masuk ke Langkawi, so its kinda easy to handle sebab dah tahu what next, what action to be taken and so forth.

So here, nisa nak share sikit few tips to those yang first time nak ke Langkawi. I believe there must be some of us yang belum berpeluang nak ke Langkawi atau maybe yang dah pernah ke Langkawi tapi tak tau actually ada banyakkk method nak pergi bercuti ke Langkawi. Apa-apa pun back to basic. Follow your own budget.

Some tips, might be useful to travel buddy/ tourist. There are few ways/options to reach Langkawi:
MACAMANA CARA NAK MASUK KE LANGKAWI...?
Apa kaedahnya?
Nah, ini tips untuk korang berdasarkan pengelaman saya sendiri...

1. KL-LANGKAWI - kapal terbang direct airport KLIA turun ke Langkawi,
via Airasia or MAS or Firefly
Kalau nak low fees kena rajin usha usha flight tix. Part ni kalau malas, simpan jela hasrat. Dia nak murah memang kena usaha. Nak mudah memang boleh, tapi pelaburan tinggi sikit. Kalau nak murah dan at the same time nak mudah memang one in a million la chances ko. Silap haribulan baik ko duk rumah layan tv je lebih baik sebab dah alang alang malas tu kan. 😂


2. KL-KUALA PERLIS-LANGKAWI - Keretapi dan feri.
KL-KUALA PERLIS : keretapi, sampai stesen keretapi Kuala Perlis drop ambil teksi direct feri port Kuala Perlis. Roughly dalam 20-25km je. Harga tiket boleh usha KTMB punya web. Klik sini KTMB
KUALA PERLIS-LANGKAWI : feri, tiket boleh beli online atau direct kaunter. High risk kalau beli direct kaunter terutama cuti sekolah. Memang pack season, tix always sold out! Be fast.

Harga tiket feri:
Dewasa RM18 per head
Kanak-kanak RM9 per head

3. KL-KUALA PERLIS-LANGKAWI - self drive-RO RO-self drive

Kalau ikut cerita suami, ada few agents yang buat. Langkawi RO RO salah satunya.
Servis roro so far tak mengecewakan. Mudah berurusan. Senang bila musykil nak telefon pun tak berjela perginya.

Tiket boleh beli online, payment boleh CDM (Cash Deposit Machine) atau direct transfer.
Boleh je terus ke laman web roro - LANGKAWI RORO

Method ni fizikal dan mental memang kena high. You yourself must be ready, maksud ready ni, sihat, cukup rehat, kereta condition tip top, sebab... you gonna have a veryyy long journey! Especially kalau kau driver. 😉 traveling roughly , KL-KUALA PERLIS ambil masa 7jam plus plus with leasure driving.

Ok this time totally kitorg sendiri pergi. Last time pergi join konvoi tuners, so quite easy, just follow team konvoi. Nak cerita sikit pergerakan aku and family bergerak dari KL. macam biasa since dah ada dua anak anak syurga yg dah makin besar, bila travel toto dan cadar patchwork is a must thing to bring along. Bag anak anak semua dah ready pack sebelum night sleep, bakul berisi air jarang, susu anak, biskut dan jajan, luggage, pelampung anak, toys, coloring set, toiletries, sabun cuci pinggan dan span, (ini pentimg) etc all dah ready sebelum night sleep. Ding dong ding dong settle semua lebih kurang  11mlm. Anak anak pun mudah je tidur. Agaknya penat tunggu mami dedi duk kemas lambat settle. Set alarm. *ini penting ok!* aku set alarm lebih kurang 3.30pagi.

3.30pagi terkebil kebil mata.
Bangun getting all ready masukkan semua barang barang dalam kereta. Bersiap siap dalam jam 410pagi settle, angkat anak anak masuk kereta,
430pagi sharp gerak dari rumah. hehe dengan tak mandinya terus gerak. Bukan apa, kitorng mandi lewat, lepas siap mengemas baru mandi. 😆
650pagi ngan sampai kat RNR Gunong Semanggol. Pitstop pertama selesaikan solat Subuh.
710pagi sambung gerak ke USM Parit Buntar. 830pagi sampai pitstop kedua untuk ambik adik dan breakfast. Lebih kurang 9pagi sambung perjalanan straight ke Kuala Perlis. 1130pagi sharp sampai. Singgah masjid jamek berdekatan mandikan anak anak. Super easy nak urus budak budak kat masjid ni. Settle semua pergi KFC take away as lunch. Nak makan nasi kat kedai kedai nearby memang tak confident at all nak beli. Teringat experience yg lepas, makan kat satu restoren ni dalam ayam dia berulat! Got no choice. Anak anak dah lapar. KFC lah kita. Since abang long dah berzikir dan  KFC aje, mami dedi pun takde pilihan. so KFC here we go! Take away makan atas RORO. Fefeeling makan atas laut! Hehe. Ok apa? 😉

1230 tengahari sharp naik atas RORO. Sebelum masuk akan ada staff RORO nak check tiket utk kereta dan penumpang. Staff akan bagi direction utk kita parking kereta. Penumpang kena turun dulu. Sebab sangat compact diorang parking.

Tepat jam 1 petang terus gerak (follow tiket Ro Ro masa beli). Average 2jam30minit touch down. Itu ini, pukul 345petang touch down Dermaga Tanjung Lembung. Kat sini memang specialize untuk feri bawak kereta. Complete ada kastam kat sini.

Beza dengan feri penumpang, akan turun. Direct kat Pekan Kuah.

CERITA DI RORO:

RO RO (feri yang bawa penumpang kereta dan kereta) bawa masuk sampai ke Langkawi. RO RO ni ada 3 tingkat.
Level Bawah - tempat letak kereta. Semuat mungkin dia fit in kereta. Very close to each cars. Penumpang dalam kereta memang kena turun.
Level 2 - ruang untuk penumpang bertutup dan ber-econ. Since last time duduk dalam tu a lil bit hangat sebab econ tak kuat. So this time kitorang lepak atas sekali.
Level 3 - ruang penumpang dan bilik pilot feri. Ruang penumpang kat atas open dan leasure. Ada seat dan table. Ok sangat kalau nak makan kat atas. Free air! Best duk atas. Hihi. Tak rugi lepak atas. Anak anak enjoy je tido. Kebetulan pulak cuaca sangat menyebelahi. Cantik je cuaca tak hujan. Sedap gila duduk atas, sambil makan KFC sambil dapat angin laut, sambil tengok pemandangan cantik.

So penumpang ada dua pilihan samaada duduk tingkat dua atau tiga.


HARGA TIKET UNTUK RORO: 

Beza mengikut jenis kenderaan dan penumpang pun ada charges juga. All prices are for two ways.

MPV - RM360 includes driver
PENUMPANG - Dewasa RM36 pergi balik, kanak kanak RM20

harga yang aku share ni ikut pengalaman sendiri, jenis kereta lain macam sedan ke apa boleh refer terus kat website Ro Ro (korang kena rajinkan diri tengok web RoRo Ok?)

.
Ok then, till we meet again. Nisa akan edit few phrase later dan add in some photos.  Ni rough stories trip to Langkawi update pakai ipad. Macam susah pulak nak watermarks gambar bagai. And info macam tak complete sikit.

Story about activities on this trip later on, in my next postings.

Hope this sharing may helps you guys.

Enjoy your holiday to Langkawi people!


*Update 21Dec2016, Rabu

2 comments:

Hasrul Hassan said...

Ohh baru tahu feri yang bawak kereta tu nama dia RORO .. mcm nama pokemon lak

Puan NisaKhaidir said...

orang besar komen di blog saya. terima kasih sudi singgah. mohon sudi untuk bagi tunjuk ajar juga :)
ye bteul tuan. namanya Ro Ro. :)

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers