Sunday, December 25, 2016

Tempat menarik sekitar Pulau Langkawi

TEMPAT MENARIK YANG KORANG MESTI PERGI KALAU DATANG KE LANGKAWI

#pulaulangkawi #Langkawi

1. KERETA KABEL LANGKAWI / SKYCAB


Lokasi di Gunung Mat Chincang. A MUST GO PLACE! Dipendekkan cerita, korang mesti pergi dan cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Menggerunkan, Mengujakan. Dan paling penting boleh nampak air terjun dari Telaga Tujuh / Tujuh Telaga, nampak view laut yang indah sangat. Subhannallah.

2. SKYBRIDGE

Lokasi di Skycab, Gunung mat Chincang.
Hanya boleh pergi setelah korang sampai di top station (cable car). Boleh pilih samada nak berjalan (follow tracking yang disediakan) atau naik lif.

3. MOTO ATV
Lokasi di Skycab, Gunung mat Chincang.
Sesuai untuk korang yang sukakan akiviti lasak dan sukakan cabaran. Sambil menunggu turn untuk naik kereta kabel bolehlah isi masa tengok keindahan alam Hutan Simpan Gunung Mat Chincang dengan menaiki moto ATV yang korang tunggang sendiri. Harus ada bayaran yuran yang dikenakan. Yuran sangat munasabah harganya. Berbaloi sebab boleh turun dan merasai sendiri sungai dan hutan yang tidak diterokai lagi. Sungai dia subhannallah! Bersih. Cantk. Wajib turun ATV dan rasa air sungai dia. Saya siap minum lagi :)

4. MUZIUM 3D


Lokasi di Skycab, Gunung mat Chincang. 
Muzium 3D ni banyak hasil seni 3D yang nampak seakan-akan real! sesuai untuk bawa anak-anak. Mesti mereka akan teruja dan semangat nak bergambar dengan 3D art yang nampak sangat real itu.

5. DATARAN HELANG / LANG


Lokasi berdekatan dengan Pekan Kuah. 
Ada landmark burung helang BESAR! Sesuai bawa keluarga dan anak-anak untuk ambil gambar. Lokasi ni sering jadi pilihan untuk bergambar. Terutama yang datang secara konvoi. Inilah landmark Langkawi. Mempunyai monumen dan landskap menarik. 

6. TEMPAT SHOPPING PALING BEST
Tempat shopping paling best untuk kelengkapan dapur macam Corelle, Vision, Corningware, Tefal, Shogun, dll. Barang original, dan harga jauh lebih murah! Tapi harus kena pandai memilih. Antara lokasi pilihan adalah HiG, Idaman Suri, The Zon, Rams, dll. Kat sini bukan setakat shopping keperluan dapur, korang juga boleh juling mata nak membeli COKLAT, kain batik, dll.

Lokasi di Zon Pantai Chenang.
Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar disini. Korang berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan iaitu lebih kurang 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar.
Antaranya Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia. Juga terdapat terowong akuarium dan kalau korang lalu, boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas korang. Seriously menakjubkan dan boleh buat anak-anak teruja dan gembira!

8. PANTAI PASIR HITAM
Selain boleh mandi manda di pantai, disini anda juga boleh beli-belah. Disini terdapat kedai-kedai yang lazimnya ada di kawasan pantai. Apa yang uniknya anda boleh dapati dikedai-kedai ini adalah kain batik. Ada kain batik lepas, atau kain batik yang sudah dijahit. Juga terdapat hasil laut seperti ikan bilis, udang kering, keropok ikan, dll. Terdapat juga cenderahati Langkawi seperti t-shirt, fridge magnet, key-chain. 
Di lokasi ini juga ada warong yang mana anda boleh santai-santai makan aiskrim dan air kelapa. Kemudahan seperti toilet sangat mudah dan selesa! Pitstop yang menarik kalau nak tukar pampers anak! :)

9. LAMAN PADI
Sesuai kalau anda yang teringin nak masuk ke sawah. Kalau anda tidak kisah untuk berlumpur, anda boleh menanam padi atau menangkap ikan dengan serkap. Tiket bermula dari RM3 seorang.
Dan oleh kerana kawasan ini juga ada kawasan herba sendiri, anda juga boleh meminta bantuan pemandu pelancong di Laman Padi kalau anda betul-betul mahu belajar bukan saja tentang padi tapi juga tanaman lain yang ada di sini.

Pendek kata, kalau anda sukakan pokok dan suasana kampung, anda mesti ke sini.



Lokasi di Minyak Gamat Nusantara. 
Sebenarnya ada banyak lagi pengusaha minyak gamat di Langkawi, tapi Minyak Gamat Nusantara antara yang terkenal. Selain landmark botol minyak gamat sebesar alam dihadapan kedai yang merupakan salah satu tarikan pengunjung. Di Minyak Gamat Nusantara anda boleh lihat sendiri gamat yang sedang di masak. Ada juga barang herba lain yang boleh didapati disini. Fasiliti kedai ini juga sangat bagus. ada ruang solat (surau) dan toilet. 
Kalau pergi Langkawi tidak pulang dengan minyak gamat memang tidak sah! Antara barang wajib beli disana. 


1 comment:

Hasrul Hassan said...

Lama betul tak pergi bercuti ke Langkawi. Ingat tahun 2017 ni nak ke Langkawi ...

Blog House Husband Kerja Dari Rumah

Popular Posts

JOURNEY OF ♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahmad Darweesy

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Arissa Nur Dalily

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers